9:01 PM

Pautan Ke Blog Lain

Kepada semua pengunjung anda boleh melayari pautan blog saya yang lain

Sains Tahun 6
Mari Belajar Buat Blog

9:58 PM

18. Penilaian Kendiri

Klik pada alamat http://www.starjb12.blogspot.com/ untuk melihat dan menjawab soalan secara online.

Jawab Semua Soalan.
1. Apa maksud penggunaan ICT dalam p&p?

2. Terdapat tiga syarat yang perlu dipenuhi jika anda ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan satu daripada tiga syarat tersebut.

3. Terdapat empat kategori dimana ICT digunakan dalam p&p. Nyatakan keempat-empat kategori ini.

4. Berikan satu situasi yang sesuai untuk pembelajaran tutorial.

5. Terangkan mengapa guru perlu menetapkan masa untuk murid mengakses maklumat dalam pembelajaran penerokaan.

6. Berikan satu kelebihan menggunakan ICT dalam pembelajaran penerokaan.

7. Berikan empat teknik berkomunkasi menggunakan ICT dalam p&p.

9:54 PM

17. Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

  • Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
  • Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
  • Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

9:44 PM

16. Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam p&p?

Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:

  • Teknik Seorang - Sendirian,
  • Teknik Seorang kepada Seorang
  • Teknik Seorang kepada Ramai, dan
  • Teknik Ramai kepada Ramai.

satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.

Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai menggangu pembelajaran.

Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahiran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.

9:41 PM

15. Apa Maksud ICT Sebagai Pemudah Komunikasi?

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

  • teks,
  • grafik,
  • audio,
  • video, atau
  • kombinasi pelbagai mod.

3:08 PM

14. Apa Kelebihan Menggunakan ICT Sebagai Alat Aplikasi?

  • Murid boleh memberi tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autenik.
  • Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid.
  • Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

2:57 PM

13. Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi apabila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya komputer dan pemproses perkataan hanya digunakan seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.

Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (sosio-caltural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran - murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan berkerjasama.

2:48 PM

12. Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.

Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Perisian aplikasi kursus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

2:42 PM

11. Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

  • Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
  • Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
  • Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

11:32 AM

10. Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Penerokaan?

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:

  • pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
  • pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
  • aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
  • aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

11:22 AM

9. Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Sebagai contoh;

Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.

Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.

11:08 AM

8. Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:

  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, Portal maklumat dan sebagainya.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
  • melihat sesuatu kejadian urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan sistem.

10:53 AM

7. Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Tutorial?

Pengunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

  • Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengunakan komputer.
  • Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut bleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
  • Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian kursus untuk pemulihan.
  • Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

8:59 AM

6. Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial?

Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) diguna untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam p&p.
Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia.

Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut:

  • mempersembahkan maklumat
  • membimbing
  • menyediakan/ memberi latihan, dan
  • menilai pencapaian

8:50 AM

5. Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi.

  • pembelajaran ekspositori,
  • demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan
  • latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

8:39 AM

4. Bagaimana Menggunakan ICT Dalam p&p?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuah hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:

  • Tutorial,
  • Penerokaan (eksploratori),
  • Aplikasi, dan
  • Komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

8:33 AM

3. Apa Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam p&p?

Untuk memperoleh manfaat menggunakan ICT dalam p&p, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • Penggunaan ICT dalam p&p dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p&p.
  • Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

8:23 AM

2. Apa Manfaat ICT Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

  • berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
  • memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
  • meningkatkan motivasi murid.
  • membolehkan pembelajaran bersendiri (individualisme learning).
  • membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
  • membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi.
  • mewujudkan suasana pembelajaran yang meyeronokkan dan mencabar.
  • membolehkan murid mencuba atau melaksanakan ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
  • meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
  • memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
  • meningkat kemahiran ICT.

10:16 PM

1. Apa Maksud Penggunaan ICT Dalam p&p?

Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.